CINTA
Sekiranya kamu dapati
dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah
merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana
cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi tempatkan penghormatan
itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan ambil kesempatan dan
janganlah melukakainya.
Bagaimana
kamu memelihara cinta begitulah kamu memelihara dirimu dan setiap hati
dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun
cara kita mengendalikannya berbeda.
Sekiranya
kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan
tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada yang harus
dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang terjadi ada maksud yang tersembunyi.
Dan kita akan menyedari apabila masa silih
berganti.
Ingatlah
bahawa jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta itu sendiri akan
memilih untuk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima
kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang
mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu
bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi
misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu
0 komentar:
Posting Komentar